Assalamualaikum....
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman.....
Jaundice atau 'Kuning' pada bayi yang baru lahir bukanlah satu perkara yang baru. Apabila anak kita ada jaundice macam-macam petua yang kita dengar. Ibubapa berasa takut jika kuning anak meningkat, ini kerana anak-anak kita akan di rujuk kepada hospital dan setiap hari akan diambil darah untuk mengetahui tahap kuning anak tersebut.
Dari pengalaman saya, kesemua anak saya mengidap jaundice tetapi tidaklah sehingga tukar darah hanya duduk di bawah lampu sahaja, but perasaan seorang ibu, mana sanggup melihat bayi yang baru sahaja menjejak kaki di dunia dah diambil darahnya untuk di uji.
Kesian Nursaffiya Iman, baru seminggu dah kene cucuk-cucuk badanya. Bukan setakat kene duduk di bawah lampu tetapi kene masuk air lagi. Masih teringat jeritan tangisannya apabila nurse2 mencari urat untuk di masukkan air. Ini adalah untuk mengurangkan tahap kuningnya.
Sekarang dah Nursafiyya Iman dah 2 bulan. Alhamdulillah, walaupun kuningnya masih ada, namun Iman sihat seperti bayi-bayi yang lain.Pada ibu-ibu, kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menangani musibah ini. Sokongan daripada keluarga amat diperlukan.
No comments:
Post a Comment